AUTISME…BUKAN MASALAH PSIKOLOGI
June 28, 2018
ALZHEIMER’S DISEASE (AD)
September 7, 2018

Penjagaan Ibu Bapa Menghidap Alzheimer

Penyakit Alzheimer sering kali dikaitkan dengan demensia. Namun hakikatnya ia ternyata dua jenis penyakit yang berbeza. Alzheimer adalah jenis demensia yang paling biasa dan ia semakin memburuk dengan masa dan memberi kesan terhadap ingatan, bahasa dan pemikiran. Manakala demensia adalah gangguan otak yang menyebabkan kesukaran mengingat, berfikir dengan jelas, membuat keputusan, atau mengendalikan emosi. Bagaimana menguruskan penghidap Alzheimer?

i. Penjadualan

Untuk memastikan ibu bapa atau orang tersayang selamat, anda perlu mewujudkan satu rutin yang akan menjadikan hari biasa anda lebih mudah diramal, stabil dan kurang tertekan. Jadualkan temu janji doktor, masa mandi dan makan supaya hari yang dilalui ibu bapa anda lebih tenang. Perhatikan rutin ini kerana ia boleh membantu ibu bapa anda membiasakan diri dengan perkara yang perlu dilakukan dengan cara yang betul.

ii. Petunjuk (Cues)

Terangkan perkara-perkara yang biasa, setiap hari. Sebagai contoh, jika anda menamakan laci untuk apa yang ada di dalamnya, ibu bapa anda berkemungkinan besar akan meletakkan sesuatu di tempat betul seperti yang anda cadangkan. Lakukan perkara yang sama bagi kawasan dapur dan peralatan mandi. Ini akan memudahkan anda dan ibu bapa dalam kebanyakan perkara.

iii. Jauhkan daripada bahaya

Alihkan benda yang boleh membahayakan orang yang anda sayangi. Contohnya pisau. Perlu diingatkan, sebagai penjaga anda bertanggungjawab bagi perkara-perkara kecil yang boleh membawa kepada masalah yang serius.

iv. Wujudkan had

Sediakan pilihan yang terhad dalam pakaian. Contohnya, letakkan dua pakaian dan bukannya almari pakaian. Juga hadkan arahan anda untuk satu langkah pada satu masa. Sekiranya anda sedang berbual dengan ibu bapa yang menghidap Alzheimer, hadkan gangguan sekitar seperti TV dan radio. Ini akan membantu mereka untuk tetap fokus pada perbualan.

v. Gunakan teknologi

Dengan teknologi yang serba moden, sekiranya berjauhan dengan ibu bapa yang menghidap Alzheimer anda boleh menetapkan perkhidmatan pemantauan mudah alih bagi menjejaki lokasi GPS dan memantau panggilan dan mesej. Dengan itu, anda boleh menjaga ibu bapa hanya dari komputer dan mengurangkan kebimbangan semasa jauh daripada mereka.

vi. Hospital

Ini adalah pilihan terakhir bagi anak kerana kadang kala anda tidak mampu menguruskan penyakit Alzheimer yang dihidapi ibu bapa. Anda memerlukan bantuan daripada pihak hospital untuk tempoh masa tertentu. Selain itu, terdapat juga pusat jagaan khusus pesakit Alzheimer yang boleh membantu menjaga ibu bapa anda semasa anda bekerja. Anda perlu mempertimbangkan tempat ini daripada meninggalkan ibu bapa keseorangan tanpa pengawasan.

 

Sumber daripada: https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/penjagaan-ibu-bapa-menghidap-alzheimer/

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *