Hari Kesedaran Autisme Sedunia: 9 perkara yang anda perlu tahu tentang autisme
April 2, 2018
AUTISME…BUKAN MASALAH PSIKOLOGI
June 28, 2018

4 WAKTU TERBAIK MINUM AIR MINERAL

Tahukah Anda? untuk mengukur kadar hidrasi selain daripada rasa haus cara terbaik adalah dengan melihat pada warna air kencing?

Sekiranya warna urin anda jernih, ia menunjukkan yang badan anda terhidrasi dengan baik manakala warna urin yang kekuningan menunjukkan yang anda perlu lebih air untuk sistem badan anda yang lebih baik.

Memetik dari portal Penerangan Malaysia, pengambilan air mineral setiap hari sangat penting, ini kerana air mineral dapat memelihara kesihatan tubuh dan melancarkan sistem metabolisme dalam badan.

Dan ini adalah 4 waktu terbaik untuk minum air mineral yang boleh anda amalkan dengan mudah setiap hari.

1. Sebelum Tidur

Minum segelas air mineral sebelum tidur, tabiat ini mampu mengelakkan kita terkena serangan jantung dan juga strok. Di mana kedua-dua penyakit di atas merupakan punca kematian terbanyak yang dicatatkan di Malaysia.

2. Bangun Tidur

Minumlah 2 gelas air mineral selepas anda bangun tidur, ini adalah bagi mengaktifkan organ dalaman kita kerana ketika tidur organ dalaman dalam mod bertenang.

3. Sebelum Mandi

Sebelum mandi ada baiknya minum segelas air mineral pada waktu ini, ini adalah kerana ia dapat melancarkan dan memudahkan perjalanan darah serta mengurangkan tekanan darah didalam tubuh badan.

4. Sebelum Makan

30 minit sebelum anda makan seelok-eloknya mulalah dengan meminum segelas air mineral. Amalan sebegini didapati dapat membantu sistem penghadaman didalam tubuh badan, ini adalah kerana perut kita akan lebih bersedia untuk menerima makanan.

 

*Tip ekstra untuk mereka yang ingin kekal kurus dan cantik, minum lah air mineral pun boleh menjadikan anda cantik dan tak perlu pakai produk mahal-mahal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *