THE LINK BETWEEN DOWN SYNDROME AND ALZHEIMER’S DISEASE
March 12, 2018
Hari Kesedaran Autisme Sedunia: 9 perkara yang anda perlu tahu tentang autisme
April 2, 2018

5 PERKARA ANAK-ANAK AUTISME INGIN ANDA TAHU

5 PERKARA ANAK-ANAK AUTISME INGIN ANDA TAHU

Ibubapa mana yang tidak risau apabila anak kesayangan disahkan menghidap autisme. Ada yang membayangkan anak itu bakal gelap masa depannya dan tidak kurang juga mengambil sudut positif menjadikan ikon terkenal seperti Bill Gates, Tim Burton dan Lionel Messi sebagai pembakar semangat.

Kejayaan ikon-ikon ini sedikit sebanyak mengubah mentaliti masyarakat sehingga ramai meletakkan anak autisme sebagai anak luar biasa yang bakal melakar sejarah dunia. Hakikatnya hanya 1 peratus anak-anak autisme ini tergolong dalam kelompok ‘genius’. Jangan kerana 1 peratus ini, 99 peratus yang lain diketepikan.

Dianggarkan 1 daripada 68 kes autisme dikesan dan bilangan ini bertambah sebanyak 3 peratus setiap tahun. Autisme, bukan disebabkan imunisasi semata mahupun rasukan jin, tetapi satu penyakit genetik yang turut dipengaruhi faktor persekitaran sehingga menjejaskan perkembangan saraf dan mental seseorang sehingga menyukarkan pergaulan sosial, komunikasi lisan dan bukan lisan.

Simptomnya boleh dikesan seawal usia 2 tahun. Buat anda yang masih kabur, 5 fakta ini mungkin membantu kanak-kanak autisme ini:
📝“Kami Ada Hati & Perasaan”
Penghidap autisme bukan tidak mampu mengekspresikan perasaan tetapi cara mereka mengekpresikan perasaan berbeza daripada insan normal. Mereka memerlukan bantuan serta komunikasi langsung yang tentunya memerlukan masa serta kesabaran.

📝“Sabarlah… Jangan Berhenti Bercakap Dengan Kami”
Siapa kata kanak-kanak autisme gagal melakukan hubungan mata dan tidak bercakap? Hakikatnya sebahagian daripada mereka boleh berkomunikasi secara memandang mata, tersenyum, ketawa serta bercakap. Ada yang masih berusaha bertahun lamanya untuk bertentang mata dan tidak kurang juga yang bercakap menggunakan bahasa isyarat, imej, mahupun komputer.

📝“Usah Biarkan Kami, Bantu Kami Berdikari”
Walaupun tiada ubat khusus untuk merawat penyakit ini tetapi simptom yang mereka alami boleh dikurang atau diatasi dengan diet yang seimbang, pendidikan dan terapi khas sejak peringkat kanak-kanak. Pesakit autisme juga turut mengalami masalah pencernaan, sensitif terhadap makanan tertentu dan elergi terhadap pelbagai perkara. Usah abaikan pemberian multivitamin bagi membantu memenuhi khasiat harian yang sukar diperoleh daripada makanan biasa.

📝“Usah Bezakan Kami Kerana Sesiapa Pun Boleh Terkena Autisme”
Autisme tidak mengira bangsa, taraf sosio-ekonomi, pendidikan mahupun jantina. Namun kanak-kanak lelaki lebih berpotensi mengalami autisme sebanyak 5 kali ganda berbanding perempuan.

📝“Kami ‘Genius’ Dengan Cara Tersendiri”. Kebolehan mereka boleh dibahagikan kepada empat kategori:
Kanak-kanak autisme mempunyai aras IQ berbeza. Ada yang mampu mengingati setiap tarikh lahir rakan sekelas tetapi gagal mengingati nama sendiri, ada yang lambat bertutur dan ada yang langsung tidak boleh bercakap. Kebolehan mereka boleh dibahagikan kepada empat kategori:

📌Keupayaan Memori
Kebanyakan mereka mempunyai keupayaan mengingat yang sangat tinggi seperti mengingati fakta pada halaman tertentu sebuah ensiklopedia.

📌Bakat Artistik
Mereka berbakat besar dalam bidang lukisan dan seni yang secara tidak langsung meningkatkan deria sensori mereka. Seni juga dipercayai dapat membantu menyalur dan meningkatkan perasaan positif dalam diri anak-anak ini.

📌Kemahiran Kira-Kira
Sesetengah anak-anak autisme mampu mengingati hari untuk tarikh-tarikh tertentu sepanjang tempoh beberapa tahun. Mereka boleh mencongak dengan lebih cepat berbanding ahli matematik yang menggunakan formula dalam pengiraan.

📌Bakat Muzik
Kebanyakan mereka mempunyai kebolehan mengenalpasti intonasi serta muzik. Jadi tidak hairan jika mereka mampu bermain peralatan muzik tanpa menghadiri sebarang kelas.

Sumber daripada: https://sinar.my/…/5-perkara-anak-anak-autisme-ingin-anda-t…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *