Hampir 47,000 orang kanak-kanak di Malaysia menghidapi gangguan autisme, namun masih ramai masyarakat di Malaysia tidak mengetahui dengan jelas tentang gangguan ini. Pelbagai mitos timbul. Salah satu mitos yang paling terkenal adalah anak lambat bercakap menghidap gangguan autisme.
Memang salah satu ciri-ciri utama gangguan autisme adalah kegagalan untuk berinteraksi (walaupun selepas mencapai peringkat usia tertentu).
Namun kajian daripada Psychology Today membuktikan hampir 70% kanak-kanak yang lambat cakap tidak memiliki autisme!
Oleh itu, mari kita mengenal dengan lebih mendalam tentang gangguan autisme, daripada percaya sebarang mitos pelik!
Perkataan autisme berasal daripada perkataan Greek iaitu autosyang bermaksud sendiri. Maka dalam konteks gangguan ini, pesakit akan lebih cenderung ‘menyendiri’ dalam dunia mereka.
Dari sudut perubatan, autisme ialah keadaan di mana interaksi sosial seseorang terganggu akibat masalah kemahiran berkomunikasi, tingkah laku tidak wajar yang berulangan, pemencilan diri serta mempunyai keinginan terhad terhadap sesuatu benda.
Kanak-kanak dengan gangguan autisme tidak akan mempamerkan tingkah laku yang tidak normal, sebaliknya tidak akan melakukan tingkah laku yang normal.
Antara ciri-ciri lain yang boleh dikesan seawal usia 18 bulan atau lebih awal adalah:
Agak sukar untuk mengenalpasti jika seseorang kanak-kanak menghidap gangguan autisme, oleh itu ibu bapa harus peka dengan tingkah laku anak masing-masing. Gangguan ini tidak boleh dipulihkan namun ia boleh dirawat jika dikesan dari awal.
Kanak-kanak dengan gangguan ini akan memiliki kebolehan yang berbeza, namun mempunyai 3 masalah utama iaitu — masalah untuk bersosial, masalah untuk berkomunikasi dan keterbatasan imaginasi.
Oleh sebab gangguan ini hanya melibatkan kegagalan kemahiran untuk berfungsi dengan normal, maka kanak-kanak autisme memerlukan rawatan berbentuk multidisiplin atau terapi.
Dalam hal ini, ibu bapa boleh membantu dalam menguruskan kegagalan kemahiran ini di rumah, dengan mengikut beberapa tips mudah berikut, seperti:
Malaysia terbuka untuk memberi sokongan pada kanak-kanak yang menghidap gangguan ini sambil memberi pencerahan tentang cara menjaga buat ibu bapa.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, anda harus peka dengan tingkah laku anak masing-masing untuk mudah mengesan gangguan autisme.
Autisme tiada kena mengena dengan sebarang keturunan dan budaya. Maka semua individu berisiko untuk menghidapnya.
Sumber daripada: https://my.theasianparent.com/anak-lambat-cakap-bukan-gangguan-autisme/