Apa itu Autisme?
Apakah simptom-simptom Autisme?
Kanak-kanak yang mengalami Autisme mempunyai rupa bentuk fizikal yang sama seperti kanak-knak normal yang lain. Hal ini menyukarkn masalah ini dikenal pasti kecuali ibu bapa peka akan simptom-simptom yang ditunjukkan secara konsisten oleh mereka. Setiap daripada penghidap Autisme memiliki simptom yang berbeza antara satu sama lain. Antara simptom-simptom Autisme ialah:
Sebagai ibu bapa, anda perlulah mengesan tanda-tanda awal anak yang menghidapi autistik ini dengan cara memerhatikan perkembangan normal kanak-kanak tetapi tidak juga sewenang-wenangnya menyatakan si manja anda Autisme. Kita seharusnya jangan mudah melabelkan si manja mengalami Autisme dengan hanya kerana anak-anak menunjukkan beberapa tanda autistik. Seharusnya ibu bapa perlu membawa anak anda mendapatkan pemeriksaan dengan pakar pendengaran untuk memeriksa pendengarannya, kerana ada kemungkinan kanak-kanak tidak boleh bertutur walau pun usia menjangkau tiga tahun.
Setelah doktor mengenal pasti anak anda tidak pekak, biasanya pakar pendengaran akan merujuk kepada pakar psikologi klinikal atau pakar psikiatri untuk membuat ujian dan pemantauan sama ada si manja benar-benar menghidapi Autisme sebelum diberikan rawatan sewajarnya.
Kanak-kanak Autisme memerlukan penjagaan secara perseorangan atau one-to-one care. Hal ini perlu dilaksanakan kerana penjagaan anak Autism perlu dilakukan secara berterusan dan memerlukan tahap kesabaran yang tinggi kerana mereka tidak menghiraukan atau seperti tidak merasa kewujudan orang-orang di sekeliling. Kita seharusnya jangan merenung atau menyentuh si kecil autistik ini kerana kelakuan ini akan menyebabkan mereka stress.
Bagi mengasuh dan membimbing kanak-kanak ini, banyakkan menggunakan bahan wujud secara langsung atau alat bantuan seperti gambar supaya mereka mudah menterjemahkan bahan tersebut. Ibu bapa juga perlulah memberikan kemahiran sosial kepada anak-anak seperti teknik berkumpulan , bercerita dn sebagainya. Gejala Autisme boleh diredakan dengan menyediakan persekitaran yang selamat, struktur jadual rutin yang tetap dan suasana yang tenang. Anak-anak Autisme juga perlu diberikan peluang untuk merasa apa jua yang ada di persekitaran mereka.
Gangguan tingkah laku yang dikenal pasti tiada penawar ini akan berkekalan sehingga mereka meningkat usia. Oleh sebab itu, kepekaan ibu bapa dan pengesanan awal amat diperlukan. Anak-anak Autisme boleh diberikan latihan menguruskan diri sendiri adalah langkah yang bijak sebagai persediaan mereka bagi menempuh kedewasaan. Ibu bapa yang memiliki anak-anak yang istimewa ini, seharusnya tidak perlu berasa malu dengan keadaan anak mereka, kerana anak adalah anugerah yang tidak ternilai.
Ibu bapa seharusnya mendaftarkan anak-anak mereka ini ke sekolah khas bagi membantu mereka mengatasi masalah komunikasi dan sosial serta mengurangkan tingkah laku yang tidak sesuai agar mereka mampu menguasai kemahiran untuk hidup kelak.
1 Comment
Hi there very cool site!! Guy .. Excellent .. Superb ..
I will bookmark your web site and take the feeds additionally?
I am happy to seek out a lot of useful information here within the post, we need develop more strategies in this regard, thank you
for sharing. . . . . .