Alzheimer: Punca, Bagaimana ia terjadi dan Cara rawatan
January 19, 2018
SYMPTOMS OF ALZHEIMER
January 20, 2018

PENYEBAB PENYAKIT LUPA

Lapan penyebab Penyakit Lupa

 

Mungkin ada di kalangan kita yang mengalami situasi sukar untuk mengingat sesuatu. Kadang kala ia begitu menyiksakan apabila kita cuba mengingat sesuatu yang pernah kita lalui atau merasai pengalaman tersebut. Namun begitu minda tidak mampu mengembalikan ingatan tersebut. Apa sebenarnya yang membuatkan sistem memori otak terganggu. Terdapat lapan penyebab penyakit lupa iaitu :

Kadar gula darah tinggi

Memori manusia boleh terganggu akibat daripada aras gula yang tinggi dalam darah. Awas, kerana keadaan ini mengganggu bahagian otak yang berkait dengan sistem ingatan. Sekiranya anda memiliki sejarah keluarga yang mempunyai masalah kencing manis, eloklah anda kawal pengambilan gula.

Rehat yang kurang

Otak memerlukan rehat yang cukup untuk merakam dan menyimpan memori baru. Cara terbaik untuk merehatkan otak ialah melalui tidur yang secukupnya. Dalam satu kajian, responden yang tidur enam jam setiap hari selama dua minggu mungkin tidak mengalami gejala kurang tidur.

Berdengkur
Berdengkur tidak hanya mengganggu kualiti tidur seseorang, ia juga mampu menurunkan daya mengingat. Ketika tidur berdengkur, saluran nafas anda akan tersekat dan menghalang oksigen beberapa saat sewaktu sedang tidur untuk sampai ke sel-sel otak yang memerlukan oksigen.

Metabolisme menurun

Jika keadaan ini berlaku, anda mungkin mengalami masalah tiroid. Hormon tiroid mengawal metabolisme tubuh. Penghasilan hormon tiroid yang berlebihan atau berkurangan dapat mengganggu sel-sel otak, yang akan memperlahankan kemasukan maklumat ke otak.
Usia melebihi 65 tahun

Di usia ini, manusia sukar untuk menyerap vitamin B12 dari makanan. Kekurangan B12 yang serius adalah punca penyakit Alzheimer yang dikaitkan dengan sifat lupa yang teruk atau nyanyuk.

Mengalami tekanan
Individu yang menderita penyakit tekanan yang kronik berpotensi mengalami gangguan pada sel-sel otak.  Bahkan, ketika tekanan kronik menyerang, ia mampu membunuh sel-sel otak sehingga daya ingatan semakin merosot.

Pengambilan ubat alergi atau pil tidur

Rawatan atau ubat yang diambil untuk mengatasi masalah insomnia dan alergi ternyata juga mampu menganggu fungsi otak.

Terlalu banyak pengambilan ubat-ubatan

Jika mengambil lima atau lebih ubat pada satu-satu masa, anda berisiko tinggi mengalami gangguan daya ingatan.

Sumber daripada : https://www.majalahsains.com/punca-punca-penyakit-lupa/

1 Comment

  1. Hello There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article.
    I will be sure to bookmark it and return to read more of your useful info.
    Thanks for the post. I will certainly return.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *