Apa itu autisme?
Istilah ‘autisme’ berasal daripada perkataan ‘autos’ bermaksud ‘diri sendiri’. Manakala, ‘-isme’ bermaksud satu aliran. Autisme merujuk kepada seseorang yang hidup dalam dunianya sendiri. Ia memberi kesan kepada tiga komponen iaitu sosial, komunikasi dan tingkahlaku.
Justeru itu, kanak-kanak autisme mengalami masalah:
Pertuturan
|
Emosi
|
|
|
Pemikiran
|
Pola bermain
|
|
|
Apakah masalah bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisme?
Kanak-kanak autisme kebiasaannya lambat bertutur jika dibandingkan dengan rakan sebaya mereka. Perkembangan bahasa kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Ia bergantung kepada tahap keterukan ciri-ciri autisme kanak-kanak tersebut sama ada tahap ringan atau teruk.
Antara masalah perkembangan bahasa kanak-kanak autisme ialah:
- Tidak boleh bertutur
- Hanya mengeluarkan bunyi sahaja seperti bunyi vokal /a/ atau menjerit.
- Mampu bertutur tetapi tidak difahami (jargon)
Sumber: www.themalaymailonline.com
Manakala, masalah bahasa bagi kanak-kanak autisme yang bertutur ialah:
- Perkataan yang dilafazkan kadangkala tidak mempunyai makna dan tidak difahami
- Sukar diajak berbual kerana tiada tumpuan dan kontek mata
Sumber: www.pinterest.com - Kadangkala dapat menuturkan sesuatu tetapi seketika sahaja
- Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan/konteks perbualan
- Dapat meniru ayat atau menyanyi tanpa mengerti maksudnya
- Ekolalia iaitu mengulang perkataan-perkataan yang dituturkan oleh orang lain.
Contoh:
Sumber: www.anewdivorce.com
Kebanyakan kanak-kanak autisme tidak tahu bagaimana hendak memulakan atau respon dalam perbualan kerana:
- Tiada tumpuan
- Tiada kontek mata
- Tiada keinginan untuk berkomunikasi
- Sentiasa bermain sendiri
Oleh itu, kanak-kanak autisme mengalami perkembangan komunikasi yang amat terhad.
Apakah tips untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme?
Berikut merupakan tips untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme:
1. Arahan mudah dan jelas
- Berikan arahan yang mudah dan jelas.
- Sebut nama anak terlebih dahulu
Contoh: “Ali, duduk sini.” daripada “Boleh tak awak mari dan duduk di sini.”
- Gunakan isyarat (gesture) atau bahasa badan jika perlu.
Sumber: my.theasianparents.com
2. Rutin
- Lakukan aktiviti yang digemari kanak-kanak tersebut secara berulang-ulang. Ini kerana kanak-kanak autisme gemar melakukan sesuatu aktiviti secara berulang-ulang.
Sumber: my.theasianparents.com
- Guna jadual bergambar untuk membantu kanak-kanak autisme melakukan rutin secara visual.
3. Main, main, main!!!
Sumber: www.philips.com.my
- Kenal pasti dan cipta permainan/situasi yang anak anda paling berminat seperti bola, buih sabun, muzik, air, pasir, lompat dan lain-lain.
- Semasa bermain bersama anda perlu:
- Berhadapan dengan anak
- Meniru perbuatan, bunyi dan sebutan pertuturan.
- Tunggu dan perhatikan apabila anak cuba hendak berkomunikasi (isyarat badan, bunyi tidak bermakna, ekspresi muka)
- Respon kepada komunikasi yang cuba disampaikan oleh anak.
- Komen bagi setiap perbuatan yang anak anda sedang lakukan (berikan rangsangan bahasa)
- Pelbagai intonasi suara untuk menarik minat anak anda
4. Sistem pujian dan ganjaran yang konsisten
Sumber: www.craftholicsanonymous.net
- Berikan pujian atau ganjaran yang konsisten jika anak anda membuat perkara yang positif
- Ganjaran negatif (seperti ‘time-out’) jika anak melakukan perkara yang tidak diingini
5. Komunikasi Augmentatif dan Alternatif (hyperlink artikel 2015, Teknologi Berkomunikasi)
- 25% kanak-kanak autisme adalah bukan verbal (nonverbal), tetapi mereka boleh menggunakan kaedah lain untuk berkomunikasi.
- Komunikasi Augmentatif dan Alternatif digunakan jika anak anda tidak menggunakan verbal untuk berkomunikasi.
- Kaedah komunikasi ini sangat berkesan bagi kanak-kanak autisme kerana ia membantu komunikasi mereka senang difahami.
Sumber: www.dpisd.org
Di mana bantuan boleh diperolehi?
Jika anda risau anak anda menunjukkan ciri-ciri di atas, anda perlu mendapatkan rawatan daripada pakar dengan segera. Anda boleh mendapatkan rujukan doktor dari hospital atau klinik kesihatan berhampiran.
Semasa menjalani proses rehabilitasi, kanak-kanak autisme akan dirujuk kepada disiplin berikut:
- Pakar Kanak-Kanak
- Pakar Pskiatri Kanak-Kanak
- Pakar Psikologi
- Terapis Pertuturan-Bahasa
- Audiologis
- Terapis Carakerja