Pemakanan serta diet yang sesuai adalah cara yang boleh membantu dari segi perkembangan dan pertumbuhan diri yang lebih baik bagi kanak autisme. Dari segi pemakan kanak-kanak autisme, kita hendaklah menitikberatkan penyediaan makanan yang berkhasiat dan mengandungi organik untuk mereka.
Terdapat juga kanak-kanak autisme yang menghadapi masalah berat badan yang berlebihan atau obesiti . Oleh itu kita perlu menjaga pemakanan mereka supaya masalah ini dapat di kurangkan. Antara cara-caranya ialah :
Kanak-kanak obesiti sering kelihatan gelojoh ketika makan. Nasihati mereka supaya mengunyah makanan secara perlahan. Makanan yang dikunyah secara perlahan bukan sahaja baik untuk penghadaman malah menjadikan mereka cepat berasa kenyang dan tidak makan secara berlebihan.
Membahagikan pinggan kepada 4 bahagian.
Kanak-kanak mudah merasa jemu dengan sajian yang sama maka kepelbagaian makanan akan menjadikan makanan lebih menarik dan sedap di makan. Cara yang mudah ialah memperkenalkan makanan ini secara berperingkat seperti dua minggu sekali dalam kuantiti yang sedikit serta menggunakan cara masakan yang berbeza.
Setiap hidangan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam perlu mengandungi karbohidrat, protein, sedikit lemak, sayur-sayuran dan buah-buahan. Karbohidrat untuk membekalkan tenaga, protein untuk tumbesaran, buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membantu proses penghadaman.
Sumber daripada : http://www.multisensory.com.my/diet-yang-sesuai-bagi-kanak-kanak-autisme/