Benefits of Silica
May 9, 2014
KESIHATAN OTAK ATAU BADAN, MANA LEBIH PENTING?
December 11, 2017

Apakah Risiko Kesihatan yang Dikaitkan dengan Aluminium?

Apakah Risiko Kesihatan yang Dikaitkan dengan Aluminium?

Aluminium dianggap sebagai bahan bukan toksik kepada individu yang sihat, iaitu badan boleh bertolak ansur dengan dos harian sebanyak 7.2 gram aluminium tanpa mengalami kesan buruk yang jelas. Walau bagaimanapun, kini terdapat banyak bukti yang menunjukkan aluminium boleh menyebabkan kesan buruk kepada sistem saraf manusia.

Aluminium turut dikaitkan dengan penyakit sistem saraf seperti penyakit Parkinson, amyotrophic lateral sclerosis (Lou Gehrig’s Disease) dan penyakit Alzheimer, tetapi kaitan tersebut kurang difahami sepenuhnya. Kes penyakit amyotrophic lateral sclerosis dan dimensia Parkinson yang tinggi dalam kalangan penduduk orang asli di Guam dan New Guinea menunjukkan kemungkinan terdapat perkaitan antara keadaan persekitaran tempatan, termasuk tahap aluminium serta kekurangan kalsium dan magnesium dalam tanah dan makanan.

Hal ini menunjukkan bahawa mereka yang mempunyai penyakit seperti itu dipercayai mempunyai tahap aluminium yang tinggi di beberapa bahagian otak mereka, walaupun ia tidak menunjukkan aluminium ini sebagai punca penyakit tersebut.

Pengambilan aluminium yang banyak juga boleh mengakibatkan anemia, osteomalacia (tulang rapuh atau lembut), intoleransi glukosa dan serangan jantung pada manusia. Kita tidak tahu kesan kepada manusia jika terdedah dengan aluminium pada tahap yang rendah dalam tempoh masa yang panjang, tetapi permulaan awal atau perkembangan penyakit sistem saraf berkemungkinan berbeza.

Apakah Penyakit Alzheimer dan adakah ia disebabkan aluminium?

Simptom-simptom utama Alzheimer adalah daya ingatan, kekeliruan dan kemurungan. Simptom-simptom ini menandakan bermulanya kemerosotan mental. Penyakit Alzheimer dikategorikan sebagai perubahan patologi dan dalam kebanyakan kes, pengumpulan aluminium dalam tisu otak. Terdapat pelbagai jenis penyakit Alzheimer.

Beberapa teori mengenai punca-punca penyakit Alzheimer telah dicadangkan, dan kini sedang dikaji, termasuk faktor genetik, protein yang tidak normal, egen penyakit berjangkit, egen persekitaran seperti aluminium, bahan logam lain atau pelarut dan perubahan metabolik. Terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wujud interaksi antara faktor, seperti penuaan dan perubahan genetik dengan serangan penyakit Alzheimer.

Mengapa aluminium ditambah ke dalam air minuman semasa proses rawatan air?

Mikroorganisma bawaan air (bakteria, virus dan protozoa) adalah risiko kesihatan yang sangat serius. Sebatian aluminium yang digunakan dalam rawatan air minuman untuk membunuh mikroorganisma yang berbahaya dan zarah-zarah yang boleh melindungi mereka daripada pembasmian kuman dengan membekukan mereka atau proses pengumpalan membentuk zarah yang besar.

Zarah besar kemudiannya dikeluarkan melalui proses pemendapan dan penapisan. Sebatian berasaskan aluminium juga membuang bahan organik yang terjadi secara semula jadi di dalam air, sekali gus mengurangkan pembentukan produk sampingan pembasmian kuman. Ini adalah hasil tindak balas antara bahan kimia yang digunakan untuk pembasmian kuman dan bahan organik yang terhasil secara semula jadi, yang sesetengah boleh menyebabkan kanser (contoh trihalometana).

Alum (aluminium sulfat) dan polialuminium klorida adalah koagulan yang paling banyak digunakan kerana ia sangat berkesan, mudah didapati dan agak murah. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu atau jika tidak digunakan dengan betul, penggunaan bahan tersebut boleh menyebabkan peningkatan tahap sisa aluminium dalam air minuman.

SUMBER:http://www.forumair.org.my/fakta+tentang+kesihatan+manusia+dan+kandungan+aluminum+dalam+air+minum-3180-178865/

Komen Dr Silica Water:

Kajian saintifik oleh Dr. Koichiro Fujita iaitu Professor Emeritus dari Tokyo Medical and Dental University mengatakan Air Dr Silica ini baik untuk menjaga otak dan keseluruhan kecantikkan dari segi kekuatan rambut, tulang dan juga kulit yang licin. Beliau yang sudah ke 70 buah negara menyimpulkan air Dr Silica ini jika diminum setiap hari akan membuatkan awet muda!

Gambar: Dr. Koichiro Fujita iaitu Professor Emeritus dari Tokyo Medical & Dental University,JAPAN

Kajian Scientifik oleh Professor Chris Exley dari  Bioinorganic Chemistry Keele University
Honorary Professor, UHI Millennium Institute ,Group Leader – Bioinorganic Chemistry Laboratory at Keele menyatakan semua orang perlu minum air mieral water yang mempunyai kandungan Silica untuk DETOX aluminium dari badan dan Otak.

“Everyone should drink silicon-rich mineral water every day to remove toxic aluminium from their bodies and brains.

Over the last 10 years, my team at Keele University has been looking into the effectiveness of drinking water high in silicon to help remove aluminium from the body. Aluminium is a toxin which has been strongly linked to the development of Alzheimer’s as well as other human diseases including Parkinson’s disease and Multiple Sclerosis.

Aluminium is a toxin which has been strongly linked to the development of Alzheimer’s as well as other human diseases.

Unfortunately, aluminium is found widely in our environment. We live in the ‘aluminium age’ and our bodies accumulate it over time, especially in our brains.

What we have found in  clinical trials, involving both healthy individuals and individuals with disease, is that drinking around a litre of silicon-rich mineral water every day can speed up the removal of toxic aluminium from the body via the kidneys and ultimately urine. In fact, our studies showed that individuals  experienced significant reductions in their body burden of aluminium, including falls of up to 70% in one case, over a 12 week period

 

Semoga dengan Air  Mineral Dr Silica Water  yang diimport 100% dari JAPAN dengan kualiti terbaik serta Silica tertinggi di dunia 97ml/l ini akan membantu semua.Bukan sahaja kecantikkan tetapi juga kesihatan otak!

Team Dr Silica Water.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *